MAC 2022

Abg Jo Hadir SEVAA 2021


KUCHING - Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Johari Tun Abg Hj Openg telah hadir ke Majlis Sarawak Energy Vendors Appraisal & Awards ( SEVAA ) 2021

Dalam ucapan, YAB terlebih dahulu mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan Sarawak Energy menganjur  SEVAA  2021 dan membantu  membangun kelestarian dalam enviromen perniagaan tempatan dan juga peluang pekerjaan melalui projek dan Inisiatif mereka bagi memaju Sarawak kearah Maju pada tahun 2030. 

Tambah beliau, sebagai penyumbang tenaga utama di Sarawak, Sarawak Energy telah dan seterusnya memainkan peranan besar memaju transformasi Sarawak di masa hadapan berfokuskan pembangunan digital yang telah mereka laksanakan.

YAB juga merakamkan syabas atas kejayaan Sarawak Energy membantu dan menghasil usahawan dan vendor tempatan yang berjaya saing dan berkelualiti tinggi. 

"Sektor Pembaharuan Energi dalam Strategi pembangunan Post Covid-19, Kerajaan Sarawak akan mengekalkan sekurangnya 60% keupayan  pembaharuan tenaga  pada tahun 2030, pengurangan CO2 pada 600,000 tan setahun melalui Elektrifikasi Flet Mobaliti Sarawak pada Tahun 2030, 15% pendapatan dari pasaran luar untuk meletakan Sarawak sebagai kuasa pembaharuan Energi di Asia Tenggara dan Sarawak sebagai perhubung antara ASEAN melalui langkah pertama kearah Borneo Grid dan ASEAN Grid", katanya.

Diakhir majlis, YAB Premier menyampaikan Sijil dan Tropi kepada mereka yang memenangi Anugerah SEVAA 2021.

Turut hadir, YB Datuk Julaihi Hj Narawi, Datuk Amar Abdul Hamed Sapawi, Pengerusi Sarawak Energy, Datu Haji Sarbini Suhaili CEO Kumpulan Sarawak Energi dan dif kenamaan lain

Sumber dari : Sarawakku